Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Satu kabilah dari Yaman berjaya menguasai pergunungan al-Tuwailiq yang berhampiran dengan bandar Khobah, setelah bertempur dengan askar rejim Al Saud, di Selatan Arab Saudi.
Menurut sumber dari Yaman, beberapa kenderaan tentera Saudi didapati terbakar berhampiran bandar Khobah, ketika rejim Al Saud sedang melancarkan serangan artileri.
Kabilah Bakeel al-Meer dan Hamadan dikatakan bertanggung jawab membalas serangan rejim Al Saud dan menawan beberapa pos kawalan di sempadan Saudi.
Sementara itu, tentera Yaman dan komuniti revolusi meneruskan operasi membasmi pengganas al-Qaeda di daerah Aden, Selatan Yaman.
Di bandar El-Arish, pihak tentera Yaman masih bertungkus lumus membebaskan kawasan terbabit dari cengkaman pengganas al-Qaeda.
Media juga melaporkan tentera dan komuniti revolusi berjaya menguasai kebanyakan bandar Taiz.